Salam semua…
Saya minta maaf sebab dah lama tak update blog ni. Bukan ape bulan ni saya dah start Final exam la jadi had melayari internet tu kene kurang kan sikit. Apepun, dengan masa yang ada ni saya nak kongsi satu cerita best, menarik dan mungkin boleh menjadi motivasi untuk kita semua para beginner dalam usahawan internet ni.
Saya ada terbuka satu laman web
Eric tips di mana Eric ni memang terkenal sebagai guru dalam Internet marketing walaupun didalam website dia kata “internet marketing non-guru”. Baca punya baca saya tertarik dengan satu artikel tentang seorang usahawan internet wanita yang amat berjaya bernama Ladan Lashkari. Umurnya baru mencecah dalam linkungan 20-an tetapi pendapatan nya sudah mencapai US 6300 sebulan dan lebih menakjubkan, remaja ni berasal dari Iran.
Dilahirkan di Tehran, beliau sering kali memikirkan ingin membantu keluarganya yang tidak berkemampuan dari segi pendapatan. Sudah tentu kalau sebut Iran sahaja, semua Negara barat anti-Iran bukan?terutama sekali Amerika Syarikat. Cuba bayangkan bagaimana Ladan boleh berjaya sedangkan segalanya disekat. Dia bermula dengan membaca buku-buku marketing, membuat graphic dengan photoshop, membuat website design sehinggalah C++ programming.
Keluarga dan rakan-rakan nya memberi nasihat supaya melupakan sahaja niat untuk menjadi usahawan internet kerana dengan negara tumpah darah mereka memang sangat lah MUSTAHIL namun bagi Ladan tiada yang mustahil jikalau berusaha dan tekad dihati. Dia memperuntukkan 6 jam sehari untuk menulis artikel tentang marketing dan mempelajari bahasa inggeris dengan lebih lancar. Hari ini, jikalau anda search dengan nama Ladan Lashkari, boleh dikatakan nama nya berada dalam top 10 or top 5.
Buat permulaan karier nye die memberitahu “ apa yang ada pada anda mustahil untuk saya miliki di sini (Iran)”. Ladan sama sekali tidak mempunyai kredit kad, beliau tidak mempunyai akaun PayPal malah memang mustahil untuk mendapatkanya di Iran, tiada akaun bank perdagangan, Ladan sudah tentu tidak boleh membuka akaun di U.S dan tidak boleh menukar cek yang mempunyai nilai U.S dan paling menyedihkan Ladan tidak boleh melawat mana-mana Negara yang dia suka. Ladan juga pernah menerima e-mail berupa ugutan dan kebencian membuak terhadap Iran dan Islam daripada orang barat. Beliau berkata “ kenapa perlu membenci Iran dan Islam sedangkan kami tidak pernah melakukan apa-apa terhadap anda?” tapi inilah reality barat sekarang ni.
Namun Ladan selalu memegang kata-kata daripada Ross Perot “Most people give up just when they’re about to achieve success. They quit on the one yard line. They give up at the last minute of the game, one foot from a winning touchdown.”
Bagaimana dengan kita yang mempunyai kelengkapan yang cukup tidak boleh berjaya seperti Ladan?nak buka akaun PayPal boleh, nak tukar cek U.S pun boleh, nak daftar Google Adsense boleh juga, pendek kata macam-macam ada….mustahil kita tidak boleh berjaya seperti beliau. Anda boleh layari
Ladan Lashkari punye blog untuk mengenali Ladan dengan lebih lanjut. Saya ingin mengambil kata-kata Ladan untuk kita semua untuk sekadar tatapan umum dan motivasi untuk lebih berjaya dimasa hadapan
“If a young girl who got started when she was only 16 years old, with no previous business experience, with English being her second language, with less than $30 to her name, in a country where you can’t have a credit card or PayPal account and is under a strict embargo from United States, and so much more limitations…
