saya baru abis satu paper pagi tadi jadi alang-alang da masuk blog ni saya nak tulis sikit satu artikel tentang apa yang saya baca melalui laman web Kelas Adsense ni.
Naluri manusia inginkan pendapatan lebih, begitu jugalah kita anak-anak melayu ni, bukan niat saya hendak memburuk-burukan orang melayu tapi sikit daripada kita kadang-kadang ingin mengaut keuntungan lebih dengan cara menipu dan macam-macam lagi.itulah pasal affiliate program macam Commision Junction dan ClickBank dah tak terima ahli dari Malaysia.Baru saya tahu rupanya....
Ni petikan dari Kidino saya ambil dilaman web Kelas Adsense tu:
"Farid, lagi satu hal yang aku malas nak ajar orang Malaysia ni, dia orang ni suka nak tipu bila ada peluang-peluang yang macam ni. Bukannya benda-benda macam ni tak pernah berlaku. Pernah … dulu ada satu affiliate program, Commission Junction (http://www.CJ.com). Sebab ramai sangat orang Malaysia yang cuba tipu, mereka terus tutup keahlian kepada orang Malaysia.
Dan ada lagi satu, ClickBank (http://www.ClickBank.com). Mereka juga dah tutup keahlian kepada orang Malaysia. Sebut saja orang Malaysia, mereka akan terus tolak permohonan.
Sebab benda-benda yang macam ni yang aku malas nak ajar orang Malaysia. Tak tahulah … Adakah mentaliti orang kita ni belum bersedia? Asyik nak main tipu aje.
Buat setakat ini, Adsense hanya menarikbalik keahlian bagi orang-orang yang menipu. Dan ramai juga orang Malaysia yang telah terkena. Tapi kalau banyak sangat nanti, kalau Adsense pula yang tutup pintu untuk orang Malaysia, macam mana?
Tu yang aku malas nak ajar orang Malaysia ni …"
Jadi, macam mana orang melayu nak bersaing dalam dunia cyber kalau asyik menipu sahaja?saya tak kata semua yer dan saya percaya Kidino pun cam tu jugak. Namun saya percaya ramai lagi yang jujur untuk mendapatkan pendapatan yang lebih dengan melakukan yang terbaik dan dengan cara yang halal..
Jangan cuba mengambil kesempatan diatas kebaikan orang lain kerana sekali orang tidak mempercayai kita maka selama-lama nya kita akan rugi
memang gitu a org meayu kalo tak ubah sikap memang akan tersu sebegitu. bukan mengutuk org melayu. tp kita sbg salah seorg warga meayu rasa malu...
er... ni sy first time lawat blog ni. ni guna blogsopt yg free tu kan? lawanya blog. tolong ajar mcm mana nak buat blog mcm ni boleh tak?