MySite Articles

BLOG YANG AKAN MEMBICARAKAN TENTANG PERNIAGAAN INTERNET DAN ISU-ISU SEMASA

 
Google Search
Google
Main sponsor

Get Suggestions For Phrase:

Brought to you by Digital Point Solutions


Changing LINKS here

Mysyed Articles

News
    The Star

    Malay mail
    HMetro
    BBC News
    Utusan Malaysia
    Al-Jazeera
    Berita Harian
Chat room session


Free shoutbox @ ShoutMix
Advertising
Download center
Affilliates


  • 100Percent Malaysian


  • Hargai Blog Anda
    Friday, March 2, 2007
    Saya bukanlah seorang yang pakar dalam memberi tips-tips tentang blog yang menarik sebab saya baru je menceburi bidang ni awal bulan 2 tahun ni. Kalau nak bandingkan saya dengan smartzul, raja adsense, Labanon, Shuth, sape lagi?..banyal lagi pro-blogger kat Malaysia dah macam ibarat langit dan bumi dah pon.lagipun ikhlas saya cakap saya masih belum mendapat satu cek pon lagi dari program-program buat duit yang saya sertai di internet tapi saya yakin saya akan dapat suatu hari nanti, INSYAALLAH!!

    Ape pun saya nak berkongsi juga pengalaman-pengalaman saya dalam pembacaan cara-cara untuk menarik minat orang masuk blog kita. Saya tahu langkah-langkah yang akan saya ceritakan ini sedikit sebanyak menyamai beberapa tips yang kita pernah dengar sebelum ini tapi takpela lagi banyak di ulang lagi cepat ingat.


    1. Tajuk blog

    Tajuk ibarat kepala untuk blog itu sendiri, sudah tentu tajuk atau header yang bermutu akan menarik minat orang untuk memasuki blog kita . tajuk blog seperti Google Adsense, Insurance, business, ekonomi dan banyak lagi adalah contoh tajuk yang bermutu. Dengan tajuk yang bermutu anda dikatakan mampu meningkatkan kadar pelawat sebanyak 80%. Lagi 20% itulah usaha kita untuk meyakinkan pelawat kita kenapa kita pilih tajuk tersebut.


    2. Kandungan blog (content)

    saya sudah menceritakan pada blog yang lepas tentang peri pentingnya kandungan dalam sesuatu blog itu sendiri. Joel Comm mengatakan yang isi dalam blog kita tu ibarat seorang raja dimana beliau berkata “right king in a right palace”. Apa yang saya faham disini adalah kandungan blog tu mestilah serasi atau kene dengan tajuk blog kita itu sendiri.
    Memang pelik dan janggal kalau blog bertajuk ekonomi tapi membincangkan tentang cerita-cerita kartun.


    3. Templates atau background

    Perkara ini tidaklah terlalu penting jika kandungan kita menarik dan pelawat suka memasuki blog kita oleh kerana kita sering meng-update kandungan didalam blog itu sendiri tapi sesetengah pelawat mereka lebih suka melihat background dan templates yang menarik daripada kandungan itu sendiri. Saya pernah terbaca daripada pro-blogger dari Amerika (nama lupala) beliau berkata kira-kira 40% pelawat menyukai blog yang berwarna-warni dan jikalau memasuki blog tertentu perkara pertama mereka lihat ialah templates, tak cantik keluar kalau cantik mereka akan baca kandungan blog kita tu. Adalah lebih baik kita mempunyai 2 perkara itu iaitu kandungan yang menarik dan templates yang segar dan cantik. 40% templates, mungkin kandungan yang segar ialah 60%. Anda boleh layari di www.isnanini.com dan keypayinglist.com untuk blog yang menarik.







    4. Search Engine

    Saya rasa semua blogger tahu perkara ini, kalau nak cepat tesenarai adalah lebih baik siap je blog kita terus submit kat search engine. Banyak search engine yang boleh di submit seperti Google, Yahoo, MSN, Altavista dan banyak lagi. Nak lagi senang anda boleh terus ke Localsubmit sebab disana mereka akan menyediakan beberapa search engine yang menerima blog kita. Program affiliate pun ade.


    5. Exchange link.

    Untuk lebih cepat blog kita dikenali oleh pelawat adalah dengan menukar link-link dengan blog-blog dan website yang sudah lama tersenarai di search engine dan mempunyai pelawat yang ramai. Macam blog saya ni, saya suka menukar link dengan blog atau website yang tujuan mereka sama dengan saya dari segi kandungan la. Lagi senang dan pelawat yang memasuki blog link kita tu akan cuba masuk dib log kita pula. Kalau 2000 pelawat masuk takkan la semua tak nak masuk kan?mungkin 300 atau 500 atau 1000 atau semua?itu lagi baik.


    6. Hargai pelawat kita.

    Saya rasa tak perlu lagi untuk menyenarai tip-tip lain kerana saya rasa perkara ni amat penting untuk mengekalkan pelawat atau menambahkan pelawat didalam blog kita. HARGAI LAH PELAWAT KITA. Itu sahaja yang perlu kita lakukan. Setiap kali komen atau cadangan membina daripada pelawat cuba “respond well and take action” . mungkin pelawat tadi akan memasuki blog kita untuk melihat adakah cadangan yang dicadang mereka diambil kisah oleh kita dan kalau kita bertindak sebaliknya dan sentiasa berfikir yang kita “always right”, lupakanlah niat untuk menarik pelawat dengan lebih ramai.

    7. Hargai blog anda.

    Macam mana nak hargai blog kita? saya tanya kembali bagaimana nak hargai diri kita?hargai diri adalah dengan sentiasa melakukan sesuatu perkara yang boleh memberi kepuasan maksimum dan meningkatkan motivasi diri , itulah cara menghargai diri kita. Jadi definisi nya sama Cuma interpretasi berbeza sahaja dimana untuk menghargai blog kita mesti ada 2K 1T iaitu tumpuan, kesetiaan dan keikhlasan. Tumpuan dimana kita perlu sentiasa melihat apakah respond dan tindak balas pelawat kepada blog kita sentiasa focus dengan cadangan mereka kerana setiap pelawat adalah duit. Kesetiaan disini tidak bermakna anda perlu duduk sehingga 24 jam setiap hari di depan pc hanya untuk “menghargai blog” sahaja sehinggakan semua perkara kita lupa. Itu dah “mendera” blog kita. Kita hanya perlu duduk beberapa jam sahaja dan mungkin bergantung kepada blog tu sendiri la. Kalau blog mereka berorientasikan perniagaan mungkin lama la sikit tapi saya percaya tak sampai 24 jam kan?. Akhir sekali keikhlasan dan sebagai orang Islam kita sentiasa dituntut dalam membuat perkara secara ikhlas bukan? Jikalau pelawat meminta sesuatu dari kita, kita perlu ikhlas memberi bukannya “alah, penat aku buat e-book ni, nak free pulak”. Sebagai contoh kalau memang E-book yang kita buat tu untuk dijual kita boleh memberi satu atau dua chapter secara percuma untuk di review oleh pelanggan. Mungkin dengan cara ini mereka meminati dan terus membeli. Tapi perlu ingat keikhlasan menuntut pengorbanan dan pengorbanan selalunya akan mendapat ganjaran yang besar suatu hari nanti.



    Labels: ,

    posted by edi @ 11:55 AM   0 comments
    Senarai Affiliate program
    Wednesday, February 28, 2007
    Seperti yang dijanjikan..

    dibawah ni saya da list beberapa affiliate program yang boleh kita sertai. Saya pun ada sertai jgk beberapa program tu.Kita tunggu dan lihat jelah nanti

  • Marketing tips

  • PayDotCom

  • BlackHatEdition

  • 100percentmalaysia

  • Welthyaffiliate

  • Forex-affiliate


  • Kalau nak senang pegi je kat affiliateguide ni. Boleh pilih mana-mana program kat situ.

    Selamat berjaya....

    Labels: ,

    posted by edi @ 11:50 PM   0 comments
    Affilliate program
    kalau betul-betul mahu duit, internet la tempat die.....

    Dan kalau mahu duit jangan hanya fokus pada satu bende je sebab apa guna internet kalau kita tak cuba cari apakah program yang boleh dapat duit and senang and lebih penting tak perlu keluarkan duit walau satu sen pun.

    Saya rasa anda semua da tahu apa die kan?apa lagi kalau bukan program affilliate, program yang macam Raja Adsense tu salah satunya dan banyak lagi. Saya akan cuba senaraikan sebanyak mungkin program-program affilliate yang anda semua boleh sertai dan seriously ia mmg menguntungkan kita.

    posted by edi @ 9:36 PM   0 comments
    Selamat datang March
    assalamualaikum semua....

    pejam celik pejam celik dah masuk March pun. Rase cam sekejap je kan? so apa perancangan March kite? masih berusaha untuk buat duit?itu sudah tentula kan sebab bende free beb!!..heheh

    Masa itu emas dan emas itu memang berharga jadi bagaimana kita memperuntukan setiap masa kita untuk membuat keuntungan bergantung pada masing-masing la yang penting ia nya terbaik buat kita.

    Saya baru je melayari blog A.M.B.O td dan terbaca post terbaru author die (Fauzan) letak kat dalam tu. Anda pernah dengar Agloco ke? die macam program dowline gitu la tp ape yang memeranjatkan saya ialah Agloco ni program yang rugi dan tidak digalakkan menyertainya.

    Sebenarnya saya sudah mendaftar bende ni..heheh..tapi belum mengaktifkan view bar yang die suruh letak tu sebab masa saya register hari tu, bende tu dalam pembinaan lagi. Saya tak tahu pun yang Agloco dulu nama dia Alladvantage.Time kasih buat cik Fauzan kerana menyebarkan perkara ni..



    Labels:

    posted by edi @ 7:59 PM   0 comments

    Dapatkan up-date terbaru dengan mendaftar diri anda disini

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    About Me


    Previous Post
    Archives
    Blogger links
    Pro blogger
    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    Subscribe to
    Posts [
    Atom]

    Feed Burner


    Technorati Profile
    iPing-it!
    Google Reader or Homepage
    Add to Technorati Favorites
    SEO Tools

    Reminder

    © 2005 Mysyed Articles Template by Isnaini Dot Com