MySite Articles

BLOG YANG AKAN MEMBICARAKAN TENTANG PERNIAGAAN INTERNET DAN ISU-ISU SEMASA

 
Google Search
Google
Main sponsor

Get Suggestions For Phrase:

Brought to you by Digital Point Solutions


Changing LINKS here

Mysyed Articles

News
    The Star

    Malay mail
    HMetro
    BBC News
    Utusan Malaysia
    Al-Jazeera
    Berita Harian
Chat room session


Free shoutbox @ ShoutMix
Advertising
Download center
Affilliates


  • 100Percent Malaysian


  • KESEDERAN TENTANG ONLINE MARKETING
    Friday, April 13, 2007
    Assalamualaikum dan salam blogger dari saya..

    Saya rasa lapang hari ini tu la sebab nya saya post topic baru ni. Saya minta maaf banyak-banyak sebab kurang sangat memasuki blog ni sebab saya sibuk dengan latihan praktikal sekarang ni. Apapun saya akan cuba lapangkan sedikit masa disini. Untuk topik kali ni suka saya ingin memperkatakan tentang kesedaran tentang online marketing dikalangan rakyat Malaysia pada hari ini.

    Kalau memperkatakan tentang topik ini 10 atau 20 tahun dahulu, mungkin rakyat Malaysia belum menyedari akan kepentingan ini sedangkan para marketer barat telah pun menjana berpuluh-puluh malah berjuta-juta dolar setahun melalui internet marketing. Pada pendapat saya, kesedaran tentang internet marketing dikalangan rakyat Malaysia ekoran kemajuan teknologi maklumat yang pesat dengan kerajaan Malaysia memperuntukan berbillion ringgit untuk merealisasikan nya, terima kasih kepada pemimpin kita.

    Pada pendapat saya juga dan sila perbetulkan jika saya silap, kesedaran tentang internet marketing di Malaysia mula menonjol apabila muncul seorang anak muda bernama Irfan khairi menjadi jutawan dengan hanya menjual produknya di internet dan menerbitkan buku rahsia jutawan internet. Saya rasa penonjolan yang di buat oleh saudara Irfan Khairi tentang faedah dan kebaikan online sedikit sebanyak membuka minda rakyat Malaysia terutamanya individu yang berminat dalam bidang perniagaan dan cuba mencari perniagaan yang bermodal kecil.

    Saya rasa internet lah tempat nya kerana modal sudah tentu sangat sedikit, tidak memerlukan bangunan perniagaan, tidak perlu pekerja dan paling penting sekali ia sangat cepat dan mudah sebab kita dapat mencari target customer dengan lebih senang dan di seluruh dunia pulak tu
    Pada masa kini, telah banyak usahawan online telah muncul dan tidak perlu diperkatakan lagi tentang kemasyhuran mereka seperti Shaifulsham dengan seminar-seminar yang cemerlang tentang online marketing, Smartzul dengan produk kit blogger nya yang popular, Raja Adsense dengan Teknik Adsense yang menarik (sampai saya pun beli juga..heheh), Kidino dengan teknik SEO nya, Shuth, dan ramai lagi. Dan yang paling terbaru saya rasa ialah Flarebiz yang dikelola oleh dua anak muda yang saya rasa agak sesuai untuk dijadikan contoh iaitu Labanon dan Matzain. Labanon, anak muda dari Kelantan ini baru berumur 17 tahun tapi keghairahan nya dalam bidang online marketing sangat mengujakan saya.

    Banyak lagi para marketing online yang muncul pada masa kini yang saya tidak mungkin tahu di Malaysia ni namun saya percaya ia telah sedikit sebanyak memberi impak yang besar dalam memperkayakan serta memperbanyakan lagi para-para usahawan yang berjaya seperti Irfan Khairi. Mungkin suatu hari nanti, para usahawan online boleh duduk sebaris dengan para-para usahawan online dari barat seperti Joel Comm, Brad Collen, Nick Harter dan ramai lagi dalam seminar-seminar antarabangsa tentang ilmu marketing. Penonjolan para-para usahawan online dikalangan rakyat Malaysia dalam seminar-seminar amatla digalakkan dimana mereka bukan sahaja dapat berkongsi pendapat tetapi boleh memberi sebanyak mungkin ilmu yang boleh melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang ini.
    posted by edi @ 8:35 AM  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     

    Dapatkan up-date terbaru dengan mendaftar diri anda disini

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    About Me


    Previous Post
    Archives
    Blogger links
    Pro blogger
    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    Subscribe to
    Posts [
    Atom]

    Feed Burner


    Technorati Profile
    iPing-it!
    Google Reader or Homepage
    Add to Technorati Favorites
    SEO Tools

    Reminder

    © 2005 Mysyed Articles Template by Isnaini Dot Com