MySite Articles

BLOG YANG AKAN MEMBICARAKAN TENTANG PERNIAGAAN INTERNET DAN ISU-ISU SEMASA

 
Google Search
Google
Main sponsor

Get Suggestions For Phrase:

Brought to you by Digital Point Solutions


Changing LINKS here

Mysyed Articles

News
    The Star

    Malay mail
    HMetro
    BBC News
    Utusan Malaysia
    Al-Jazeera
    Berita Harian
Chat room session


Free shoutbox @ ShoutMix
Advertising
Download center
Affilliates


  • 100Percent Malaysian


  • Lambakan perniagaan Internet
    Saturday, February 17, 2007

    Pada post kali ini suka saya ingin menceritakan tentang perniagaan internet yang tumbuh bagaikan cendawan di internet pada hari ini.

    Sejak kemunculan dan penciptaan internet seawal tahun 90-an, penerokaan dalam bidang ini semakin mendapat sambuatan dan dianggap satu anjakan paradigma yang merubah kehidupan manusia seluruhnya kerana semua maklumat hanya dihujung jari sahaja,klik sahaja kita akan dapat apa yang dihajati, senang bukan?

    Dengan kemudahan inilah para-para usahawan khususnya pengusaha yang ingin mengembangkan peniagaan mereka melihat dunia cyber adalh satu peluang keemasan bagi mereka untuk mengembangkan serta menambahkan nilai keuntungan serta pelanggan mereka diseluruh pelosok dunia.

    Syarikat-syarikat yang popular seperti E-bay, Amazon.com, Dell dan banyak lagi memfokuskan lebih 99% pelanggan mereka hanya di dunia cyber dan ia terbukti menguntungkan mereka. Selain daripada itu, muncul pula pelbagai skim-skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang besar dan berlipat kali ganda dengan mereka cipta pelbagai method dan cara seperti sisitem downline, auto placement dan bermacam-macam lagi. Tidak kurang juga program-program berbentuk Affilliate, dan ejen muncul sebanyak-banyak nya.

    Lambakan ini sedikit sebanyak merancak kan pembanguna perniagaan cyber pada hari ini. Namun adakah kita menyedari dalam pertimbunan itu terdapat satu atau dua atau mungkin lebih syarikat yang ingin mengambil kesemapatan ke atas para pelayar internet ni. Program-program seperti Affilliate dan ejen palsu yang menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita menjual produk mereka seringkali kita dengar.

    Oleh itu, kita patut berhati-hati dan jangan sekali-kali mencuba sesuatu yang menuntut kita menyerahkan nilai wang sebanyak itu dan ini dan menjanjikan pulangan yang besar padahal ia ibarat masuk mulut buaya dengan rela. Bagi orang Islam pula, sistem pelaburan yang jelas HARAM haruslah dijauhi kerana ia boleh memberi impak yang besar kepada kehidupan kita seluruhnya.

    Akhir kata, dengan lambakan perniagaan cyber sekarang ini memang menjanjikan kita pendapatan yang lumayan akan tetapi ia juga mungkin mengundang bahaya jikalau tersalah langkah.




    posted by edi @ 9:59 PM   0 comments
    Content is a King

    Saya rasa blog ni lebih advance dari blog-blog saya yang lain sebab blog ni dalam bahasa melayu dan saya rasa lebih selesa menulis dalam bahasa melayu tu pasal idea selalu dating untuk memenuhi post ni..

    Apa nak cakap ye?..haaaa..saya ade menerima e-mail daripada Joel Comm, seorang usahawan internet yang tidak asing lagi bagi kita lebih-lebih lagi yang terlibat dalam Google Adsense ni. E-mail yang saya terima sangat menarik dibincangkan disini iaitu kandungan dalam blog post kita.

    Setiap blogger saya yakin mempunyai tujuan mempromosikan produk atau menulis tentang kegemaran mereka macam saya mereka satu blog untuk peminat Chelsea (http://chelsea-fan-club.blogspot.com). Ada juga yang mereka blog untuk berkongsi cerita-cerita kartun, download, berkongsi pengalaman dan juga tak kurang juga membincangkan tentang dunia cyber ni.

    Apapun yang kita buat menurut Joel Comm, focus kita yang utama adalah content atau kandungan blog kita tu. Adakah ia menurut kehendak pembaca dan menarik minat mereka untuk membaca dan melayari blog atau website kita sekali lagi dan lagi atau sekadar membaca sepintas dan terus keluar dari blog atau website kita tu.

    Menurut Joel Comm, kandungan yang menarik adalah kandungan yang mempunyai hubung kait dengan kehendak pembaca dan bagaimana para blogger and website menarik minat mereka untuk membaca. Kaedah yang diajar oleh Joel Comm tentang bagaimana untuk menjana pendapatan melalui kandungan blog kita amat menarik sekali dimana kandungan kita tu bertindak sebagai magnet untuk para pembaca meng-klik pada iklan yang kita paparkan. Cuba tonjolkan satu sifat ingin tahu dikalangan pembaca bende yang ingin kita sampaikan.

    Akhir sekali saya ingin memetik kata-kata Joel Comm:

    "content is a king and he doesn't look like he's going to abdicate any time soon

    But what's a king without a right palace?take care of your kingdom and live life today"


    posted by edi @ 9:57 PM   0 comments
    FOREX

    Bertemu kembali dan kali ini saya ingin membincangkan tentang satu cabang perniagaan yang bagi para blogger mungkin agak janggal kerana kita jarang didedahkan dengan perniagaan ini kerana kita kebanyakan nya lebih tertumpu kepada Google Adsense, Adbrite, Yahoo Publisher atau program iklan yang lain

    FOREX adalah singkatan untuk Foreign Exchange dimana ia melibatkan pertukaran matawang asing dan ia selalunya di transaksi melalui internet sahaja kerana ia lebih mudah. FOREX adalah satu cabang perniagaan yang agak berisiko tinggi dan pakar mengatakan yang 95% daripadanya mungkin rugi jika ia tidak diuruskan dengan betul dan pelabur yang tidak tamak dan berfikiran terbuka mungkin suka mengambil 5% daripada 95% tadi.

    Hari ini, sudah banyak website-website yang menawarkan tentang program ini kepada pelabur yang berminat untuk melabur dalam nilai pelaburan yang sedikit. FOREX selalunya memerlukan modal minima USD10,000 akan tetapi oleh kerana permintaan yang tinggi tentang perniagaan mata wang telah muncul website seperti marketiva yang menjanjikan modal pelaburan percuma serendah USD5 untuk pelabur yang ingin mempelajari selok-belok pertukaran mata wang ini. Sila layari www.marketiva.com atau www.forex.com

    Untuk para pelabur yang baru berjinak-jinak dengan pertukaran matawang ini anda tidak perlu risau kerana www.babypips.com dan www.fxstreet.com menjanjikan satu bentuk pengajaran yang intensif dan mudah untuk dipelajari dan malah di marketiva juga anda tidak perlu terus melakukan pelaburan kerana ia menyediakan satu bentuk pelaburan maya atau virtual investment dimana kita diberikan nilai pelaburan maya sebanyak USD10000 untuk membuat transaksi dan anda disarankan berlatih sehingga tempoh 2 bulan sebelum memasuki dunia pelaburan sebenar (real investment).

    posted by edi @ 9:56 PM   0 comments
    Google Adsense
    Bertemu kembali..

    Saya sebenarnya tidak layak untuk bercakap tentang bende ni semua (Google Adsense) tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman dan teknik yang telah saya pelajari dari pakar-pakar adsense kita seperti Raja Adsense, Zul Smartusaha dan lain-lain lagi.

    Tidak ketelaluan kalau saya mengatakan Google Adsense adalah satu program menjana pendapatan terbaik pernah saya sertai dimana kita akan menjadi ejen secara sah Google untuk mempromosikan iklan-iklan mereka.Pendapatan kita akan terhasil dari berapa banyak klik yang dihasilkan.senang bukan?itulah Google Adsense dimana mereka sama sekali tidak lokek untuk berkongsi pendapatan mereka dengan kita jadi janganla kita melanggar etika sebagai ejen pula.

    Pertama sekali sebelum mempunyai Google Adsense, anda perlu membina blog atau website sebab takde mende tu mane boleh nak display die punye Adsense.pastu baru la kita boleh apply jadi ejen dia.Saya syorkan blog anda yang hendak dihantar oleh Google sebagai penilaian tu elokla berbahasa Inggeris sebab senang dia nak terima and lebih penting berinfomasi.pastu bile dah approve tu boleh la buat blog bahasa melayu pulak.

    oklah,sampai sini dulu and selamat menjana pendapatan dengan Google Adsense.
    posted by edi @ 12:17 AM   0 comments
    Salam perkenalan
    Asslamualaikum..salam perkenalan semua

    Alhamdulillah ini adalah blog saya yg ke-3 dan kirenye ni adalah blog peribadi la.Kita akan berkongsi segala macam ilmu didalm blog ini seperti isu-isu semasa, motivasi ke kalau boleh, dan lebih penting cara membuat duit di internet lah.

    Saya mengharapkan komen daripada para-para blogger sekelian untuk menilai blog saya ni dan InsyaALLAH komen yang membina saya akan cuba memperbaiki blog ini dari masa ke semasa.

    Akhir kata, jangan lupa layari blog ini..peace!!
    posted by edi @ 12:12 AM   0 comments

    Dapatkan up-date terbaru dengan mendaftar diri anda disini

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

    About Me


    Previous Post
    Archives
    Blogger links
    Pro blogger
    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    Subscribe to
    Posts [
    Atom]

    Feed Burner


    Technorati Profile
    iPing-it!
    Google Reader or Homepage
    Add to Technorati Favorites
    SEO Tools

    Reminder

    © 2005 Mysyed Articles Template by Isnaini Dot Com