PELABURAN INTERNET HARAM – MAJLIS MUFTI KEBANGSAAN
Friday, April 13, 2007
Majlis Fatwa Kebangsaan pada hari ini mengeluarkan satu lagi fatwa di mana semua pelaburan di internet adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba. Pelauran internet seperti Swiss Cash mutual fund jelas haram kerana ia mengandungi unsure-unsur riba dan juga perkongsian untung rugi yang tidak sekata malah semua pelaburan berkonsepkan ciri-ciri yang sama juga adalah haram. Sehubungan dengan itu, pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin menggesa seluruh rakyat Malaysia supaya mengeluarkan jumlah pelaburan mereka serta merta kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.
Pelaburan di internet pada hari ini begitu banyak dengan menjanjikan keuntungan sehingga 110% kepada pelaburnya. Pada mereka yang ingin menjana kekayaan dengan lebih cepat akan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang agak menarik dengan pulangan yang lumayan hanya dengan pelaburan yang kecil. Akibatnya, ramai pelabur dari Malaysia mula melabur dengan jumlah pelaburan yang banyak semata-mata ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan ingin kaya cepat.
Saya sendiri pun kurang pasti kenapa masih ramai rakyat Malaysia terutamanya umat Islam masih terpedaya dengan skim-skim begini yang jelas bertentangan dengan prinsip Islam. Melabur tak salah tapi pelaburan tu mestila berlandaskan prinsip Syariah barulah hidup pun berkat walaupun keuntungan yang sedikit.
Blogger-blogger seperti roboyts, jimieray, smartzul dan ramai lagi telah membicarakan dengan panjang lebar tentang isu ini diblog mereka masing-masing dan saya rasa tak perlu di panjangkan lagi ulasan saya ni.