
Saya rasa blog ni lebih advance dari blog-blog saya yang lain sebab blog ni dalam bahasa melayu dan saya rasa lebih selesa menulis dalam bahasa melayu tu pasal idea selalu dating untuk memenuhi post ni.. Apa nak cakap ye?..haaaa..saya ade menerima e-mail daripada Joel Comm, seorang usahawan internet yang tidak asing lagi bagi kita lebih-lebih lagi yang terlibat dalam Google Adsense ni. E-mail yang saya terima sangat menarik dibincangkan disini iaitu kandungan dalam blog post kita. Setiap blogger saya yakin mempunyai tujuan mempromosikan produk atau menulis tentang kegemaran mereka macam saya mereka satu blog untuk peminat Chelsea (http://chelsea-fan-club.blogspot.com). Ada juga yang mereka blog untuk berkongsi cerita-cerita kartun, download, berkongsi pengalaman dan juga tak kurang juga membincangkan tentang dunia cyber ni. Apapun yang kita buat menurut Joel Comm, focus kita yang utama adalah content atau kandungan blog kita tu. Adakah ia menurut kehendak pembaca dan menarik minat mereka untuk membaca dan melayari blog atau website kita sekali lagi dan lagi atau sekadar membaca sepintas dan terus keluar dari blog atau website kita tu. Menurut Joel Comm, kandungan yang menarik adalah kandungan yang mempunyai hubung kait dengan kehendak pembaca dan bagaimana para blogger and website menarik minat mereka untuk membaca. Kaedah yang diajar oleh Joel Comm tentang bagaimana untuk menjana pendapatan melalui kandungan blog kita amat menarik sekali dimana kandungan kita tu bertindak sebagai magnet untuk para pembaca meng-klik pada iklan yang kita paparkan. Cuba tonjolkan satu sifat ingin tahu dikalangan pembaca bende yang ingin kita sampaikan. Akhir sekali saya ingin memetik kata-kata Joel Comm: "content is a king and he doesn't look like he's going to abdicate any time soon But what's a king without a right palace?take care of your kingdom and live life today"
|